Minggu, 29 Desember 2013

Baru Bebas P’jara Diberkas Lakukan Jenayah Sama


Laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia hari ini berkongsi berita mengenai seorang banduan yang baru dibebaskan dari penjara tetapi kembali ditahan melakukan jenayah yang sama.

Menurut satu laporan berita Bornoe Post, seorang bekas banduan yang baru dibebaskan selepas dipenjarakan tujuh bulan atas kesalahan mencuri motosikal mungkin akan kembali dipenjarakan selepas ditangkap melakukan jenayah sama Jumaat lepas.

Suspek berusia 21 tahun dikatakan berasal dari Serian, Sarawak ditahan polis selepas motosikal yang ditunggang bersama seorang lelaki terlibat dalam satu kemalangan.

Motosikal itu bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Green kira-kira pukul 5.30 petang.

Suspek cedera ringan ekoran pelanggaran itu dan ditinggalkan keseorangan oleh rakan yang membonceng untuk melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota polis.

Aksi mencurigakan rakan suspek membuatkan polis menjalankan pemeriksaan ke atas motosikal dan ia dilaporkan hilang di Jalan Mersawa di Bintawa pada 28 Ogos.

Suspek ditahan dan dibawa ke Hospital Besar Sarawak untuk mendapatkan rawatan sebelum dihantar ke lokap untuk membantu siasatan.

Pada hari yang sama dalam kes berlainan, seorang lelaki dari Kampung Sinar Budi, Batu Kawa turut ditahan disyaki memiliki motosikal curi selepas pihak polis mendapati dia menunggang motosikal berkenaan dalam keadaan mencurigakan di Jalan Datuk Tawi Sli.

Polis mengekori motosikal suspek sehingga sampai ke sebuah stesen minyak sebelum diminta berhenti untuk pemeriksaan.

Suspek kemudian melarikan diri dan meninggalkan motosikalnya bagaimanapun dapat diberkas polis.

Pemeriksaan lanjut ke atas motosikal mendapati ia telah dipasang dengan nombor plat palsu dan dilaporkan dicuri di Batu Kawah pada April tahun lepas.

Lelaki itu juga sudah ditahan untuk membantu siasatan.

Sumber : Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign
Read More..

Gambar Bakal Tunang Fahrin Ahmad

WANITA bernama Yan lingkungan umur 20-an ini didakwa merupakan bakal tunang kepada Fahrin Ahmad oleh seorang peminat melalui kiriman email kepada sebuah portal hiburan, sebentar tadi.
Sebelum itu, Fahrin Ahmad menyangkal dakwaan bahawa beliau bakal mendirikan rumah tangga melalui artikel terbitan Mstar berjudul “Fahrin Ahmad Sangkal Bakal Kahwin Tahun Ini“, hari ini.

Dalam artikel itu, Fahrin Ahmad menafikan hubungan istimewanya bersama anak saudara kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) dan Datuk Siti Nurhaliza, Zetty Adila.

“Selagi belum ada sebarang pengesahan daripada mulut saya maka apa yang diperkatakan itu tidak benar.”

Mungkin ini adalah usikan peminat itu terhadap Fahrin Ahmad. Tetapi, sekiranya dakwaan peminat itu adalah benar, apa salahnya Fahrin Ahmad mengaku sahaja. Peminat mendoakan semoga jodoh Fahrin Ahmad dipercepatkan.
Read More..

Sabtu, 28 Desember 2013

Pelajar perempuan 15 tahun ditahan kerana berjudi

src="http://platform.twitter.com/widgets.js" type

KUALA KUBU BARU — Seorang remaja perempuan berumur 15 tahun adalah antara sembilan orang yang ditahan ketika polis membuat serbuan ke atas empat premis di Hulu Bernam di sini yang menjalankan kegiatan perjudian tanpa lesen.
Pegawai Turus Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor DSP Rohan Shah Ahmad berkata pelajar perempuan itu sedang mengambil pertaruhan judi loteri daripada pelanggan ketika serbuan itu yang dilakukan secara serentak.
Beliau berkata keempat-empat premis itu yang terletak bersebelahan antara satu sama lain berselindung di sebalik kedai gambar, kedai pancing, kedai telefon bimbit dan kedai kopi untuk mengaburi pihak berkuasa.
"Selain remaja perempuan itu polis turut memberkas lapan yang lain yang berumur antara 20 dan 59 tahun yang merupakan pelanggan serta anggota sindiket perjudian.
"Kejayaan membongkar kegiatan itu adalah hasil risikan yang anggota kita jalankan selama seminggu dan sindiket perjudian itu dipercayai telah beroperasi sejak dua tahun lalu,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan itu.
Beliau berkata serbuan selama dua jam itu yang bermula dari pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam disertai oleh empat pegawai dan 16 anggota polis dari IPK Selangor dan IPD Hulu Selangor.
Rohan Shah berkata kesemua suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka.
  BERNAMA

Read More..

Kampung Melayu Warna Warni Di Afrika


Di abad 17, ketika kompeni menguasai hampir seluruh wilayah Nusantara, pengasingan orang-orang yang menjadi tahanan politik dan budak hingga nun jauh ke benua hitam, Afrika.

Orang-orang buangan tersebut ditempatkan di Bo-Kaap, sebuah kawasan di Cape Town, Afrika Selatan. Dari generasi ke generasi, mereka beranak-pinak dan akhirnya membentuk perkampungan melayu. Secara tak sengaja pula, pembuangan tersebut akhirnya menjadi penyebab menyebarnya agama Islam di Tanjung Harapan



Menurut data, populasi muslim di Afrika Selatan kini mencapai 1,5% dari total 44 juta penduduk yang ada.

Rumah-rumah di Bo-Kaap bercorak khas, paduan antara gaya Timur dan neoklasik. Jalan-jalannya masih buatan batu asli dari abad ke-17, ditambah cat rumah yang warna-warni sehingga menambah keunikan kota ini. Pemukiman yang unik itu dikenal sebagai Kampung Melayu atau The Malay Quarter.

Penduduknya kebanyakan keturunan pendatang dari Indonesia, yang tiba di Benua Afrika 300 tahun silam.




Sepintas, orang tak akan yakin mereka keturunan Melayu. Nama panggilannya memang nama-nama islami khas Melayu, tapi nama keluarganya Barat, akibat peraturan dua abad lalu yang mengharuskan mereka memiliki nama yang mudah diucapkan penjajah Belanda. Lagi pula, mereka tidak berbahasa Melayu, tetapi Inggris dan Afrikaans, sejenis bahasa Belanda. Hanya beberapa kata Melayu saja yang masih terselip dalam bahasa mereka.

Menurut ahli-ahli sejarah, orang Indonesia pertama yang tiba di Afrika Selatan terdiri atas budak-budak atau pekerja paksa yang diangkut ke sana oleh pemerintah Hindia Belanda. Menurut arsip museum di Bo-Kaap, selama periode 1652 sampai 1808 tercatat 4.890 budak yang tiba di Cape Town, di antaranya 1.033 berasal dari Indonesia.


Terdapat sebelas masjid di Bo-Kaap. Yang tertua ialah Masjid Auwal yang dibangun pada tahun 1798. Masjid ini sekaligus sebagai simbol pengakuan Islam serta eksistensi muslim di Afrika Selatan. Dari masjid ini pula ajaran madzhab Syafiiyah mulai disebarkan. Seperti halnya mayoritas muslim Indonesia, di Afrika Selatan pun mayoritas warga muslim mempraktikkan Islam sesuai madzhab imam Syafii.

Hal yang menonjol lagi adalah bahwa di tempat ini, walaupun bukan negara muslim, namun kebebasan beragama begitu tinggi. Kaum laki-laki muslim mayoritas mengenakan baju gamis dan memelihara jenggot. Sementara kaum perempuannya, mengenakan abaya dan ada juga yang memakai hijab atau burqa sebagai penutup wajah. Mereka dengan leluasa bekerja dengan pakaian dan atribut seperti itu.

 

Punya rencana ke Afrika Selatan? Tak ada salahnya mengunjungi Bo-Kaap guna menelusuri jejak sejarah bangsa kita. Siapa tahu bisa menemukan rantai keluarga yang terputus? Who knows...

Read More..

OP Daulat Dua Individu Penting Ditahan Pergerakan Pengganas Lumpuh

OP Daulat


LAHAD DATU – Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu awal Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.
Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.
Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam tadi.
“‘Local coordinator’ itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.
“Dengan penahanan ‘military commander’ atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini.
Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.
Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.
Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.
Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.
Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka,” katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.
Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.
Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan. – BERNAMA
Read More..

4 Burung Dengan Teknik Menyelam Yang Handal

1.Burung Loon


Burung loon adalah  kelompok burung akuatik yang ditemukan di berbagai tempat di Amerika Utara dan selatan Eurasia. Loon seukuran bebek besar atau angsa kecil, yang terkadang terlihat mirip dengan kedua jenis binatang itu ketika mereka berenang. Bulu mereka terutama berwarna putih dan hitam, dengan warna abu-abu pada kepala dan leher pada beberapa spesies, dan bulu bagian perut yang berwarna putih. Seluruh spesies dari genus ini memiliki paruh berbentuk tombak



Loon adalah perenang yang baik. Menggunakan kaki mereka untuk mendayung dan sayap sebagai bantuan dalam gerakan mereka. Karena kaki mereka berada jauh di belakang, loon tidak mampu beradaptasi dengan baik di daratan karena sulit berjalan dengan bentuk kaki demikian. Mereka umumnya menghindari daratan, kecuali untuk bersarang.



2.Burung Grebe


Ukuran grebe bervariasi, dari kecil hingga menengah ke atas. Grebe terkecil, Least Grebe, berukuran 23,5 cm dengan berat 120 gram. Sedangkan yang terbesar, Great Grebe, berukuran 71 cm dengan massa 1,7 kg. Grebe merupakan burung perenang dan penyelam yang handal. Mereka memiliki kaki yang terletak jauh di belakang, dapat berlari diatas air untuk waktu yang singkat namun seringkali jatuh.



Grebe memiliki sayap yang sempit, dan beberapa spesiesnya dapat terbang rendah. Dua spesies di Amerika Selatan tidak dapat terbang sama sekali. Mereka merespon bahaya dengan menyelam daripada terbang.Grebe memiliki bulu yang tidak biasa, sangat padat dan tahan air. Dengan menekan bulu-bulu terhadap tubuh, grebe dapat mengatur gaya apung mereka. Terkadang mereka berenang rendah dengan hanya memperlihatkan kepala dan lehernya saja.Grebe membuat sarang terapung dari material tanaman. Grebe muda bersifat precocial, mereka dapat berenang segera setelah keluar dari telur.


3.Burung Kormoran


Seluruh spesies kormoran adalah pemakan ikan, belut kecil, bahkan ular laut. Mereka menyelam di dekat permukaan. Mereka mendayung dengan kaki mereka untuk menyelam di laut untuk mencari makan. Beberapa spesies diketahui mampu menyelam hingga 45 meter.



Setelah menangkap ikan, mereka kembali ke pantai, dan seringkali terlihat sedang menjemur sayapnya di bawah sinar matahari. Seluruh spesies kormoran memiliki kelenjar khusus yang mempu menjaga bulu mereka tahan air, meski ada juga yang mengatakan bahwa bulu mereka memang tahan air tanpa adanya kelenjar tersebut. Ada juga yang mengatakan bahwa bulu mereka menyerap air namun tidak membasahi lapisan bulu dan kulit mereka.



4.Burung Guillemot

Burung Guillemot dewasa memiliki tubuh hitam dengan potongan sayap putih, paruh gelap tipis dan kaki merah. Mereka menunjukkan garis sayap putih ketika terbang. Di musim dingin, tubuh bagian atasnya berwarna abu-abu pucat dan bagian bawah berwarna putih. Sayapny tetap hitam dengan garis putih besar di sayap bagian dalam.


Habitat berlembang biak mereka adalah di pantai berbatu, tebing, dan pulau-pulau di pantai Atlantik utara di Amerika Utara bagian timur sampai selatan, dan di Eropa barat sampai selatan. Beberapa burung berkembang biak di Alaska, Mereka biasanya bertelur di lokasi berbatu dekat air.

 
sumber 
Read More..

Jumat, 27 Desember 2013

Etnik Rohingya di Arakan makin kritikal

Harakahdaily, 14 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendapat berita terkini dari Arakan berkenaan nasib umat Islam Rohingya tertindas menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut dalam seminggu lagi.
 
Menurut Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid, sejak dari Ramadhan umat Islam di sana tidak boleh solat hampir semua di masjid pada semua waktu terutama di bandar.

“Hanya masjid di kampung sahaja yang dibenarkan solat Zohor dan Asar sahaja. Solat Jumaat tidak dibenar sama sekali.

“Hanya dibenarkan 10 orang sahaja, itu pun perlu bagi senarai nama kepada pihak polis. Solat tarawih tidak dibenarkan sama sekali di semua masjid,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, di daerah Maungdaw terdapat 178 masjid dan surau sementara di kawasan bandar ada lebih kurang 20 masjid.
Menurutnya, hampir semua harta di rumah etnik Rohingya yang diserang dirampas terutama di kawasan kuarter 5, selatan Maungdaw.
Beliau menjelaskan, kebanyakan mereka tidak dapat berpuasa kerana  ketiadaan makanan sama sekali.

Tambahnya lagi, jika ada yang berpuasa hanya memakan nasi sahaja tanpa sebarang lauk dan meminum air telaga dan air hujan kerana sekarang musim hujan.
Menurut Azmi, makanan tidak dapat dibeli kerana tidak selamat untuk membeli di kedai etnik Rakheine dan memang, tidak dibenar menjual makanan kepada orang Islam, jika ada yang menjual dijual dengan harga dua kali ganda.
“Kesengsaraan kaum Rohingya pada bulan Ramadhan kali ini amat meruncing. Laporan yang Mapim terima jelas menunjukkan bahawa mereka tidak akan menikmati Aidil Fitri untuk tahun ini,” ujarnya.
Justeru, kata Azmi, Mapim sangat mengharapkan semua pihak dari kalangan umat Islam di seluruh negara tidak melupakan penderitaan saudara Islam di Arakan.

“Mereka sangat mendambakan sumbangan bantuan dengan kadar segera,” ujarnya.
Sehingga ini, kata Mohd Azmi bantuan makanan sebanyak 5 kontena sudah siap dihantar.

Menurutnya, Mapim hanya menunggu kebenaran masuk ke Arakan dan kesediaan pihak kerajaan untuk kapal kargo masuk ke pelabuhan.

Read More..