Tampilkan postingan dengan label melayu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label melayu. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 28 Desember 2013

Kampung Melayu Warna Warni Di Afrika


Di abad 17, ketika kompeni menguasai hampir seluruh wilayah Nusantara, pengasingan orang-orang yang menjadi tahanan politik dan budak hingga nun jauh ke benua hitam, Afrika.

Orang-orang buangan tersebut ditempatkan di Bo-Kaap, sebuah kawasan di Cape Town, Afrika Selatan. Dari generasi ke generasi, mereka beranak-pinak dan akhirnya membentuk perkampungan melayu. Secara tak sengaja pula, pembuangan tersebut akhirnya menjadi penyebab menyebarnya agama Islam di Tanjung Harapan



Menurut data, populasi muslim di Afrika Selatan kini mencapai 1,5% dari total 44 juta penduduk yang ada.

Rumah-rumah di Bo-Kaap bercorak khas, paduan antara gaya Timur dan neoklasik. Jalan-jalannya masih buatan batu asli dari abad ke-17, ditambah cat rumah yang warna-warni sehingga menambah keunikan kota ini. Pemukiman yang unik itu dikenal sebagai Kampung Melayu atau The Malay Quarter.

Penduduknya kebanyakan keturunan pendatang dari Indonesia, yang tiba di Benua Afrika 300 tahun silam.




Sepintas, orang tak akan yakin mereka keturunan Melayu. Nama panggilannya memang nama-nama islami khas Melayu, tapi nama keluarganya Barat, akibat peraturan dua abad lalu yang mengharuskan mereka memiliki nama yang mudah diucapkan penjajah Belanda. Lagi pula, mereka tidak berbahasa Melayu, tetapi Inggris dan Afrikaans, sejenis bahasa Belanda. Hanya beberapa kata Melayu saja yang masih terselip dalam bahasa mereka.

Menurut ahli-ahli sejarah, orang Indonesia pertama yang tiba di Afrika Selatan terdiri atas budak-budak atau pekerja paksa yang diangkut ke sana oleh pemerintah Hindia Belanda. Menurut arsip museum di Bo-Kaap, selama periode 1652 sampai 1808 tercatat 4.890 budak yang tiba di Cape Town, di antaranya 1.033 berasal dari Indonesia.


Terdapat sebelas masjid di Bo-Kaap. Yang tertua ialah Masjid Auwal yang dibangun pada tahun 1798. Masjid ini sekaligus sebagai simbol pengakuan Islam serta eksistensi muslim di Afrika Selatan. Dari masjid ini pula ajaran madzhab Syafiiyah mulai disebarkan. Seperti halnya mayoritas muslim Indonesia, di Afrika Selatan pun mayoritas warga muslim mempraktikkan Islam sesuai madzhab imam Syafii.

Hal yang menonjol lagi adalah bahwa di tempat ini, walaupun bukan negara muslim, namun kebebasan beragama begitu tinggi. Kaum laki-laki muslim mayoritas mengenakan baju gamis dan memelihara jenggot. Sementara kaum perempuannya, mengenakan abaya dan ada juga yang memakai hijab atau burqa sebagai penutup wajah. Mereka dengan leluasa bekerja dengan pakaian dan atribut seperti itu.

 

Punya rencana ke Afrika Selatan? Tak ada salahnya mengunjungi Bo-Kaap guna menelusuri jejak sejarah bangsa kita. Siapa tahu bisa menemukan rantai keluarga yang terputus? Who knows...

Read More..

Rabu, 25 Desember 2013

Renungan! Kisah Melayu Islam ‘Murtad’ Berjaya Diselamatkan

Renungan! Kisah Melayu Islam ‘Murtad’ Berjaya Diselamatkan | Gejala murtad memang kini amat berleluasa dan cukup membimbangkan kita semua terutama orang Islam di Malaysia. Soal punca dan bagaimana seseorang itu boleh murtad dan mensyirikkan Allah apabila hatinya berpaling dari ajaran Islam. Murtad bukan soal yang boleh dipandang ringan kerana ia sememangnya membabitkan soal akidah. Akidah merupakan satu elemen penting yang mana mengakui bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT, Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Ikuti kisah di bawah ini tentang sebuah keluarga yang dahulunya murtad kini berjaya diselamatkan.

murtad

SEREMBAN – “Jauh di sudut hati, saya tahu masih Islam, namun keadaan memaksa saya membawa keluarga ke rumah perlindungan itu sebelum dibaptiskan dan dilatih menjadi paderi Melayu,” kata bekas penagih hanya mahu dikenali sebagai Mohamad yang pernah dikristiankan, namun insaf selepas diselamatkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Beliau yang kini berusia 38 tahun tinggal dua tahun bersama isteri dan tiga anak berusia satu hingga 13 tahun di rumah perlindungan Kristian di negeri ini, ketika hidupnya kucar-kacir selepas dibebaskan dari penjara kerana kesalahan dadah.
Mohamad mendakwa terpaksa membawa keluarga lari dari kampung di Perak kerana bekas sahabat yang bertugas dengan pasukan keselamatan menganiayai isterinya ketika di penjara dan selepas dia dibebaskan.
“Ketika bergelut dengan ketagihan, tidak diterima masyarakat, tiada kerja dan terdesak membawa isteri jauh dari tempat itu, kami terpaksa menerima tawaran rumah perlindungan itu,” katanya di sini semalam.
Mohamad yang diberi nama Kristian di rumah itu berkata, dia berjaya mengatasi ketagihan selepas empat bulan dengan bantuan kaunseling dan rawatan kerohanian oleh paderi.
Katanya, mereka dipisahkan daripada kehidupan luar dengan rutin harian hanya membantu menguruskan rumah berkenaan dan waktu selebihnya digunakan mengkaji kitab Kristian.
Dia mendakwa diberi elaun tetap RM500 sebulan, manakala isterinya (RM300) dan anaknya berusia 13 tahun yang juga pelajar kitab Injil terbaik di rumah perlindungan itu (RM100).
Katanya, kehidupan keluarganya disusun seperti orang Kristian alim dan dilarang mengambil minuman keras serta melakukan perkara dianggap berdosa dalam agama itu.
Dia berkata, walaupun hati kecilnya masih mengingati Allah, keadaan hidup yang disogokkan dengan ajaran Kristian sepanjang masa akhirnya memesongkan akidahnya sebelum menyerahkan diri menjadi murtad.
“Saya sering memberontak kerana tidak mahu terus murtad sebelum melarikan diri dan berjanji kepada anak isteri untuk membawa mereka keluar.
“Selepas itu ekoran tekanan, saya kembali menagih sebelum menyerah diri kepada polis. Ketika di penjara, saya meminta tolong selamatkan akidah saya dan keluarga,” katanya.
Februari lalu Jabatan Mufti Negeri Sembilan berunding dengan pengurusan rumah perlindungan itu sebelum Mohamad dan keluarga dibantu untuk memulakan hidup sebagai Muslim.
Sumber : MyNewsHub

Read More..