Tampilkan postingan dengan label dua. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dua. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 28 Desember 2013
OP Daulat Dua Individu Penting Ditahan Pergerakan Pengganas Lumpuh
LAHAD DATU – Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu awal Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.
Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.
Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam tadi.
“‘Local coordinator’ itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.
“Dengan penahanan ‘military commander’ atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini.
Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.
Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.
Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.
Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.
Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka,” katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.
Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.
Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan. – BERNAMA
Kamis, 26 Desember 2013
Dua Kereta Paparazi Kejar Bieber Berlanggar
LOS ANGELES : Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber tidak terlibat dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kereta paparazi pada Jumaat lalu, lapor akhbar Toronto Sun kelmarin.
Ketika kejadian, Bieber, 18, memandu kereta sport Fisker Karma hibrid miliknya di Ventura Boulevard di sini.
Dia pada mulanya ditahan seorang anggota peronda lebuh raya California selepas terdapat sebuah kereta mengekori kenderaannya dari jarak dekat.
Bieber kemudian memberitahu anggota peronda tersebut bahawa kereta yang mengekorinya itu membawa pengawal keselamatannya.
Portal hiburan TMZ.com melaporkan, dua paparazi kemudian bergegas ke tempat Bieber ditahan bagi merakamkan gambarnya.
Bagaimanapun, kereta yang dinaiki kedua-dua paparazi tersebut hilang kawalan menyebabkan berlaku perlanggaran.
Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat berhubung kejadian tersebut. – Agensi
Senin, 02 Desember 2013
Golazo! Pemain Irlandia Cetak Dua Gol Langsung Dari Corner Kick Dalam Satu Pertandingan Video
Pemain Coleraine, Paul Owens, mencetak momen bersejarah ini pada pertandingan lanjutan Liga Irlandia Utara (Northern Ireland Premiership) akhir pekan kemarin.
Dua gol Owens tersebut turut membawa timnya menang 3-1 lawan Glenavon. Owens bahkan juga hampir mencetak hattrick dari tendangan sudut, tapi peluang yang ketiga berhasil diantisipasi kiper Glenavon.
Football, bloody hell!
Sumber:catatanbola.com
Langganan:
Postingan (Atom)