Tampilkan postingan dengan label hadapi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hadapi. Tampilkan semua postingan
Kamis, 13 Maret 2014
Sedia Hadapi Banjir Pada Musim Tengkujuh

PETALING JAYA – Selepas Filipina dan Vietnam pulih daripada taufan Haiyan, Malaysia kini sedia menghadapi sebarang kemungkinan pada musim tengkujuh dan ribut yang sering melanda negara pada penghujung tahun.
Kira-kira 57,000 anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, polis, tentera telah diletakkan dalam keadaan siap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk memindahkan 1.3 juta mangsa banjir di seluruh negara, kata Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Semua persiapan telah dikoordinasi dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Awam Pusat dan perkara ini turut dibincangkan di peringkat negeri,” kata Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab dalam satu kenyataan kepada The Star.
Jabatan Meterologi turut menasihat lima negeri bersiap sedia kerana akan menerima taburan hujan lebat ketika musim monsoon timur laut, kerana ia boleh mengakibatkan banjir terutamanya di kawasan lembangan sungai.
Lima negeri tersebut ialah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Jabatan berkenaan berkata kawasan selatan Johor juga dijangka turut terjejas.
Thajudeen berkata sebanyak 1,910 lori, 2,097 kenderaan pacuan empat roda, 2,051 bot, 152 jetski serta 26 helikopter telah disediakan dalam menghadapi banjir.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan telah menubuhkan 1,472 pasukan perubatan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat bersiap sedia untuk membuka 4,969 bilik gerakan yang boleh menempatkan 1.3 juta orang.
“Kami turut mengalu-alukan sebarang bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan seperti peralatan kecemasan, makanan, bantuan kewangan serta sukarelawan,” kata Thajudeen sambil menambah kumpulan yang berminat boleh menghubungi pusat operasi bencana negeri masing-masing.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Meterologi berkata negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan pantai Sarawak dan pantai timur Sabah akan mengalami empat hingga limakali taburan hujan lebat yang mungkin berterusan untuk tempoh tiga hingga tujuh hari.
“Kejadian seperti ini boleh menyebabkan banjir di negeri pantai timur dan wilayah selatan semenanjung bermula bulan ini hingga Januari.
Musim monson di Malaysia bermula 1 November dan dijangka berakhir pada minggu ketiga bulan Mac tahun hadapan.
Episod pertama hujan lebat dijangka bermula pada bila-bila masa ketika ini.
“Di utara semenanjung juga kita dapat melihat peningkatan taburan hujan disebabkan pergerakan angin yang sederhana pada awal musim monson. Sebaliknya, di kawasan selatan dan timur Pahang serta Johor mungkin mengalami hujan di bawah paras normal bulan ini.
“Taburan hujan juga dijangka bertambah di kawasan Sabah seperti di Kudat Pantai Barat dan Pedalaman pada bulan ini,” kata jabatan berkenaan.
Mengenai kesan taufan Haiyan terhadap cuaca tempatan, jabatan berkenaan berkata ada kemungkinan ribut tropika yang melanda negara berhampiran Malaysia boleh menjejaskan cuaca di negara ini, terutamanya kawasan berhampiran pantai.
Walaupun jabatan berkenaan menjangkakan musim monson kali ini dijangka normal, namun setiap kejadian hujan lebat boleh menyebabkan banjir.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai cuaca dan keadaan laut serta amaran banjir dengan melayari laman web www.met.gov.my, portalbencana.mkn.gov.my / Portal / atau publicinfobanjir.water.gov.my - mStar Online
Jumat, 27 Desember 2013
Letih Hadapi Protes Polis Turki Tidur di Jalan
Polisi Turki (Foto: EPA)
ISTANBUL - Protes anti-pemerintah di Turki tidak juga reda. Sebahagian pihak menduga protes tersebut dapat dimanfaatkan tentera Turki yang anti pemerentah untuk meningkatkan pengaruhnya.
Tentera Turki selama ini dilihat sebagai penjaga prinsip sekular di negara itu. Mereka akan melakukan kudeta terhadap pemerintahan yang dianggap mengancam sekulerisme.
Namun, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan berhasil menjinakkan ancaman tentera. Dia memecat jenderal-jenderal berpengaruh dan mencegah kudeta tentera.
“Sepanjang minggu, banyak laporan menyebutkan tentera juga ikut bersikap anti-pemerintah,” ujar pengamat kawasan Timur Tengah asal Amerika Syarikat , Collins Dunne, seperti dikutip Guardian, Selasa (4/6/2013).
“Beberapa tentera terlihat membantu demonstran dan melawan polis . Mereka bahkan memberikan masker gas untuk para pendemo,” lanjutnya.
Hubungan buruk antara Erdogan dengan tentera membuatnya kesulitan menghadapi aksi protes. Padahal, polis mulai terlihat kewalahan menghadapi demonstran.
“Banyak foto memperlihatkan polis tidur di jalanan. Mereka mulai letih,” ujar jurnalis AS, Claire Berlinski.

Rabu, 18 Desember 2013
Tonik mujarab PAS hadapi praya umum
Malaysiakini
|
Muktamar Pemuda PAS jadi tonik hadapi praya umum
Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-53 yang dijadual berlangsung pada 14 dan 15 November ini bakal menjadi tonik kepada perwakilan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata setiausaha Dewan Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil.
"Memang fokus (muktamar) adalah pilihan raya. Harapannya selepas muktamar, kita akan gariskan beberapa perkara dan ia akan beri tonik baru kepada perwakilan," kata Khairul Faizi pada sidang media pagi ini.
Beliau berkta muktamar kali ini juga menampilkan kelainan apabila perwakilan dibekalkan dengan buku laporan dan teks ucaptama Ketua Pemuda Nasrudin Hasan, dua minggu lebih awal dari tarikh muktamar, kata Khairul lagi.
"Buku laporan dan ucaptama muktamar dihantar dua minggu awal supaya mereka baca dan fahami terlebih dahulu.
"Jadi muktamar ini kita harapkan perbahasan yang lebih dinamik dan lebih baik berbanding tahun-tahun dahulu," katanya.

Langganan:
Postingan (Atom)