Kamis, 06 Februari 2014

PELBAGAI RAGAM MANUSIA


sumber :  manusia-manusia kelakar





Read More..

Rabu, 05 Februari 2014

Kerana pucuk muda ayah lupa isteri dan anak

my Metro

 
KUALA LUMPUR: Dia mendakwa ditumbuk, diterajang dan dihalau daripada rumah bersama ibu dan tiga adik-beradiknya selepas menentang hasrat bapanya yang bercadang memberikan duit caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada wanita lain.
Menurut Natasya, 26, bapanya, Rosli, 55, menafikan hak ibunya, Munah, 52, (semuanya bukan nama sebenar) sebagai isteri yang dikahwini lebih 30 tahun semata-mata kerana gilakan ‘pucuk’ muda.
“Beberapa bulan lalu, ayah memperoleh duit caruman KWSP kira-kira RM200,000 tetapi langsung tidak mengendahkan kami.

“Kami difahamkan, selain hendak berkahwin lagi, ayah membuat pelbagai perancangan untuk membahagikan duit itu kepada adik-beradik dan keluarganya.
innity_client = "72"; "591"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; src="http://innity.com/synd.js" type src="http://avn.innity.com/zone/591/1339299391125" type

“Jiran kami pernah terserempak ayah dengan wanita lain yang mendukung seorang bayi. Saya mencari pelbagai bukti dan mendapat kepastian ayah ada hubungan dengan gadis berusia 21 tahun yang sepejabat dengannya.
Read More..

Selasa, 04 Februari 2014

DATO HUSAM SANGGUP DI TAHAN LOKAP DEMI AKTIVIS

Nazri Deraman

Sewaktu di Sabah, ketika perlancaran R SABAH tahun lepas.

Dato Husam ketika menjawab soalan drpd peserta yg hadir, bila ditanya

"Apakah pimpinan akan membela nasib kami andaikata kami ditangkap sewaktu menjalankan aktiviti R?"

DHM menjawab:

"YA, saya sanggup pergi menjamin, sediakan peguam dll hingga dibebaskan...

jika Ente tidak dibebaskan saya sanggup tidur di longkap bersama2 aktivis hinggalah Ente semua dibebaskan".

Allahuakbar!!!

Saksi pd pgrm tersebut adalah sy sendiri, Syam Ghaz, Setiausaha R.

KINI beliau di dalam longkap, adakah KITA semua sanggup bertindak seperti beliau???

Jika YA, ayuhhhh mlm ni (Ahad) kita sama2 hadir nyatakan solidariti @ sokongan kpd beliau di IPD KB (Pengkalan Chepa) jam 9mlm. Moga beliau dibebaskan segera. Sama2 Doakan

Sebarang masalah dsbnya hubungi Pic pgrm:

Jeming Hassan Full: 0145057183

Cg Mohd Asri Ahmad: 0148097181

p/s; Sila bawa khemah, sejadah, makanan, peralatan2 perlu utk persembahan nasyid, pidato, gitar, dll utk aktiviti mlm ni... InsyaAllah sempena malam Nisfu Syaaban kita sama2 bermunajat pd Allah agar DHM dibebaskan. Amin

Sebar & Share sekiranya anda menyokong perjuangan kami membebaskan pimpinan kita.

DATO HUSAM SANGGUP DI TAHAN LOKAP DEMI AKTIVIS.  Sewaktu di Sabah, ketika perlancaran R SABAH tahun lepas.   Dato Husam ketika menjawab soalan drpd peserta yg hadir, bila ditanya   "Apakah pimpinan akan membela nasib kami andaikata kami ditangkap sewaktu menjalankan aktiviti R?"  DHM menjawab:   "YA, saya sanggup pergi menjamin, sediakan peguam dll hingga dibebaskan...  jika Ente tidak dibebaskan saya sanggup tidur di longkap bersama2 aktivis hinggalah Ente semua dibebaskan".  Allahuakbar!!!  Saksi pd pgrm tersebut adalah sy sendiri, Syam Ghaz, Setiausaha R.  KINI beliau di dalam longkap, adakah KITA semua sanggup bertindak seperti beliau???  Jika YA, ayuhhhh mlm ni (Ahad) kita sama2 hadir nyatakan solidariti @ sokongan kpd beliau di IPD KB (Pengkalan Chepa) jam 9mlm. Moga beliau dibebaskan segera. Sama2 Doakan  Sebarang masalah dsbnya hubungi Pic pgrm:  Jeming Hassan Full: 0145057183  Cg Mohd Asri Ahmad: 0148097181  p/s; Sila bawa khemah, sejadah, makanan, peralatan2 perlu utk persembahan nasyid, pidato, gitar, dll utk aktiviti mlm ni... InsyaAllah sempena malam Nisfu Syaaban kita sama2 bermunajat pd Allah agar DHM dibebaskan. Amin  Sebar & Share sekiranya anda menyokong perjuangan kami membebaskan pimpinan kita.
Read More..

Senin, 03 Februari 2014

Rompak kurung dan cabul mangsa


KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki hanya menundukkan wajah tanda akur apabila dijatuhi hukuman lima tahun penjara dan dikenakan tiga sebatan selepas mengaku bersalah merompak, mengurung dan mencabul seorang wanita, di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Savinder Singh, 32, dari Lorong Jeram, Kampung Cina, Taman Sri Manir, di sini, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan; Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana pengurungan salah dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul mangsa, Kam Siew Lian, yang ketika kejadian berusia 21 tahun.

Bagi pertuduhan pertama, Savinder mengaku bersalah bersama-sama dua rakannya melakukan rompakan berkumpulan terhadap harta mangsa seperti telefon bimbit dan wang tunai di hadapan Kedai Teong Lean Auto Spare Parts, Jalan Pulau Kambing, di sini, antara jam 1 pagi hingga 3 pagi, 1 Mei 2012.

Bagi kesalahan itu, dia dikenakan hukuman lima tahun penjara dan tiga sebatan.

Manakala Savinder turut mengaku bersalah bagi pertuduhan mengurung dan mencabul mangsa di sebuah rumah di Lorong Jeram, Kampung Cina, Taman Sri Manir, di sini, antara jam 1 pagi hingga 9.30 pagi, pada 1 Mei 2012.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, Savinder dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan tiga tahun.

Bagaimanapun, Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris mengarahkan kesemua hukuman berkenaan dijalankan serentak.

Sebelum ini, dua lagi rakannya yang dituduh bersama-sama melakukan jenayah tersebut telah pun mengaku bersalah dan kini sedang menjalani hukuman di penjara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala Savinder diwakili peguam Nik Mohd Radhia Nik Abdul Ghani.

Menurut fakta kes, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga yang memaklumkan dia dirompak tiga lelaki termasuk Savinder.

Selepas dirompak, mangsa dikurung di sebuah rumah sebelum dicabul Savinder dan dibebaskan tidak lama kemudian.

Susulan laporan dibuat, satu serbuan dilakukan dan ketika ditahan, Savinder turut positif dadah jenis Amphetamine dan tinjauan siasatan selanjutnya mendapati sebelum ini, Savinder pernah dikenakan sekatan mengikut Seksyen 4A (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 selama dua tahun bermula 24 Oktober 2011.
Read More..

Sabtu, 01 Februari 2014

Hina pasukan keselamatan akan diburu




Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengesan individu yang memperlekeh dan menghina tindakan pasukan keselamatan di Pantai Timur Sabah.

Katanya, beliau mengeluarkan arahan untuk mengesan percakapan dan kenyataan tersebut di laman web dan media sosial.
NONE















"Saya beri arahan supaya dikesan mereka yang keluar kenyataan yang menghina dan mencerca tindakan ahli pasukan kita khususnya yang telah terkorban dan tercedera.

"Jangan buat tindakan bodoh seperti ini... Saya minta hentikan, kita akan jejaki mereka. Kita akan ambil tindakan," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Ditanya mengenai bentuk tindakan yang boleh dikenakan ke atas individu berkenaan, Khalid berkata pasukannya boleh bertindak dalam banyak cara.

Bagaimanapun, pasukannya tidak boleh bertindak ke atas media di negara luar sekiranya melakukan perbuatan sama, katanya.

"Itu di luar bidang kuasa kita," katanya lagi.

Tak akan lepas Tian Chua
Ditanya mengenai siasatan ke atas naib presiden PKR Tian Chua yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara Umno, Khalid berkata polis akan membuat pengumuman apabila tiba masanya.

Polis bagaimanapun tidak akan melepaskan MP Batu itu dengan mudah, tegasnya.

“Mana boleh lepas?,” katanya lagi ketika ditemui selepas sidang media di mes pegawai kanan polis Bukit Aman hari ini.

Sepasukan polis dari Johor semalam merekod keterangan Tian Chua selepas menerima ratusan laporan polis daripada individu dan NGO berhubung kenyataan yang disiarkan laman Keadilan Daily itu.

Polis turut merekod kenyataan dua orang wartawan organ PKR terbabit serta wartawan akhbar New Straits Times Press berhubung kes sama. - BHarian

Read More..